Hoi hoi hoi :D Hee . Untuk kesekian kalinya , blog ni berhabuk balik . Serius aku cakap , aku adalah insan yang malas nak update blog tapi nak ada blog . Haha . Lagipun blog ni dari tahun lepas so , malas lah aku nak buang . Bila boring atau ada masa , aku jengah lah sini . Thanks for those who came to visit my blog :)
Okay , for this entry , aku nak cerita pasal kerjaya aku sekarang . Ya , I'm a nurse . NURSE :) Aku baru belajar lagi , baru semester 1 . Sekarang tengah sibuk practical . Nak tahu ? First aku masuk wad kan , aku nak keluar . Aku nak balik ! Tak nak jadi nurse dah ! Serius wehh . Allah swt je yang tahu macam mana perasaan aku waktu tu . Aku cerita dekat roommate dengan kawan kawan seprogram dengan aku , ternyata diorang pun sama jugak macam aku .
Untuk beberapa hari dalam minggu pertama aku masuk kerja , aku rasa macam bodoh . Rasa down gila dengan diri aku sendiri sebab tak tahu nak buat apa . Kawan aku cakap chill lah sebab kita budak baru . Budak baru pun , aku tak boleh kerja sambil lewa . Aku rasa berdosa gila sebab buat kerja pun tak ikhlas , terpaksa . Dalam kepala aku fikir nak balik je . Nak balik Nak balik Nak balik . Bila terbayang muka Parents , aku duduk sendiri . Aku masuk sini , Parents aku hantar untuk belajar . Diorang support aku , duit habis banyak untuk aku , tak merungut sikit pun . Suruh belajar je , untuk masa depan aku jugak . Malam lepas habis kerja , balik asrama , aku menangis . Ya , aku menangis . Down macam hape je . Allah swt je yang tahu .
Hari hari selepas tu , alhamdulillah , aku makin okay . Makin improve . Masuk wad kan , macam macam ragam aku jumpa . Sedih tengok pesakit pesakit dekat dalam tu . Tapi hati aku kena tabah . Kalau kerja aku nak sedih je , kerja satu ape pun tak akan jalan . Disebabkan wad aku tu wad tak sibuk , patient pun tak ramai , so aku dah kenal dengan semua . Kebanyakan nya orang tua lah . Sayu je hati tengok , serius . Sebak sangat sangat . Kerja aku tolong pesakit , tapi diorang tak mahu dibantu . Nak tahu diorang cakap apa ? "Saya tak mahu susahkan nurse ." Aku rasa nak nangis dekat situ jugak .
Aku selalu bayangkan patient tu macam Parents aku sendiri . Tentulah aku jaga elok elok , melibatkan nyawa orang kan . Aku tak nak kalau ditakdirkan satu hari nanti bila Parents aku kena masuk hospital , dapat layanan buruk . Sama je lah dengan keadaan pesakit dalam wad tu . Hati kena ikhlas , jiwa kena kuat . Tabah . Kawan aku asyik tanya bila nak habis practical . Dia dah tak tahan asyik menangis je terkenangkan pesakit dalam wad . Kuat jugak cabaran nya .
And last but not least , I'm in a nurse's uniform :)
Ya Allah , tabahkan dan ikhlaskanlah hati hati kami dalam melaksanakan kerja kami . AMIN .
No comments:
Post a Comment