Monday, June 4, 2012

Cuti Semester :D

*tiup habuk* 

Ehemm , assalamualaikum .

Again , lama sangat aku tinggalkan blog ni . Rasa macam dah malas sangat . Kalini tiba tiba teringat nak menulis pulak . So , hai ! :D

Alhamdulillah , aku sedang dalam mood 'HOLIDAY' :D Aku lulus exam final , dah cukup baik untuk aku . Bulan 7 nanti , bermula lah semester baru dan aku kena daftar masuk tepat pada hari jadi aku . Okay , dah dua kali . Pasrah je lah :'/ As the days and times goes by , alhamdulillah , aku makin enjoy dengan pelajaran aku sekarang . InsyaAllah , bila sampai waktu kerja nanti , aku akan menjadi seorang jururawat yang baik kepada masyarakat . Amin :)

Dan sampai je tarikh 1 Julai 2012 nanti , officially aku dah berumur 19 tahun . Terima kasih ya Allah , kerana masih memberi aku peluang untuk bernafas , untuk bersama keluarga dan insan tercinta , untuk muhasabah diri , beri aku peluang untuk bertaubat dan mengubah diri kepada seorang yang lebih baik dari yang sebelumnya . Pengalaman perit dalam hidup mengajar aku erti sabar , mengajar aku erti hidup yang sebenar . Kata Ayah , "Manusia ni macam ragam . Kalau orang buat jahat dekat kita , jangan balas . Itu Allah punya kerja ." Kata Mama pulak , "Orang dekat luar tu macam-macam . Nak berkawan boleh , tapi pegangan hidup tu mesti kuat . Jangan ikut orang ."

Dah dua tahun lebih , almost 3 tahun , dia masih dalam ingatan . Who is he ? My first love , of course . Aku tak pernah dan tak akan lupakan pesan dia . "Belajar rajin rajin . Semangat tu biar kuat sikit . Solat jangan tinggal . Harap awak jumpa Lelaki yang boleh jaga awak sebaik mungkin ." InsyaAllah awak . Terima kasih atas segalanya :') 

Untuk post yang akan datang ni , tak tahu pulak berapa lama masa yang akan aku ambil untuk jenguk blog ni . Kalau rajin , aku tukar semuanya yang baru . KALAU RAJIN :P Kalau tak , aku biarkan je macam ni :)

Take care ,

Sunday, January 8, 2012

2012 dan seisinya .

Assalamualaikum ,

Okay , aku datang sini untuk membersihkan habuk dekat blog ni . Hee . Lama sangat tak menaip . Bukan apa , malas je . By the way , Selamat tahun 2012 semua . Moga tahun ini lebih baik daripada tahun yang sebelumnya , dimurahkan rezeki , dikurniakan kesihatan yang baik dan dijauhkan dari fitnah dunia :)

Mulanya tahun baru ni , mula lah semester aku yang kedua dalam diploma nursing . Okay , aku jadi senior yang tak berapa nak senior :D Kesian tengok junior kena ragging but oreintasi diorang tak seteruk aku . Hope diorang faham satu hari nanti , apa tujuan senior lain buat macam tu . Even dah masuk semester dua , aku still homesick . Serius . Ingat rumah je . Hehe . Apa boleh buat . Pembelajaran tak mula lagi but assignment bertimbun . Awesome . Aku suka , sebab boleh distract aku daripada ingat rumah je .

Aku tak ada idea sebenarnya nak tulis apa ni . Maaf , sebab aku jarang update blog . InsyaAllah , bila bila aku free , aku update lah . Itu pun kalau rajin . Kbye :D