Ehemm , assalamualaikum .
Again , lama sangat aku tinggalkan blog ni . Rasa macam dah malas sangat . Kalini tiba tiba teringat nak menulis pulak . So , hai ! :D
Alhamdulillah , aku sedang dalam mood 'HOLIDAY' :D Aku lulus exam final , dah cukup baik untuk aku . Bulan 7 nanti , bermula lah semester baru dan aku kena daftar masuk tepat pada hari jadi aku . Okay , dah dua kali . Pasrah je lah :'/ As the days and times goes by , alhamdulillah , aku makin enjoy dengan pelajaran aku sekarang . InsyaAllah , bila sampai waktu kerja nanti , aku akan menjadi seorang jururawat yang baik kepada masyarakat . Amin :)
Dan sampai je tarikh 1 Julai 2012 nanti , officially aku dah berumur 19 tahun . Terima kasih ya Allah , kerana masih memberi aku peluang untuk bernafas , untuk bersama keluarga dan insan tercinta , untuk muhasabah diri , beri aku peluang untuk bertaubat dan mengubah diri kepada seorang yang lebih baik dari yang sebelumnya . Pengalaman perit dalam hidup mengajar aku erti sabar , mengajar aku erti hidup yang sebenar . Kata Ayah , "Manusia ni macam ragam . Kalau orang buat jahat dekat kita , jangan balas . Itu Allah punya kerja ." Kata Mama pulak , "Orang dekat luar tu macam-macam . Nak berkawan boleh , tapi pegangan hidup tu mesti kuat . Jangan ikut orang ."
Dah dua tahun lebih , almost 3 tahun , dia masih dalam ingatan . Who is he ? My first love , of course . Aku tak pernah dan tak akan lupakan pesan dia . "Belajar rajin rajin . Semangat tu biar kuat sikit . Solat jangan tinggal . Harap awak jumpa Lelaki yang boleh jaga awak sebaik mungkin ." InsyaAllah awak . Terima kasih atas segalanya :')
Untuk post yang akan datang ni , tak tahu pulak berapa lama masa yang akan aku ambil untuk jenguk blog ni . Kalau rajin , aku tukar semuanya yang baru . KALAU RAJIN :P Kalau tak , aku biarkan je macam ni :)
Take care ,
No comments:
Post a Comment