Sunday, October 30, 2011

Gotong Royong dan Tak Mandi .

Assalamualaikum ,
Hai ! Harini hari Ahad . Baru aku sedar harini hari Ahad . Yelah , sejak aku masuk practical ni , hari pun aku tak ambil tahu dah . Aku kerja 6 hari seminggu , so tak terasa cuti langsung . Ahaa . Semalam tidur lambat , jam 0300 pagi . Awesome . Mata dah berair pun aku tahan lagi . Lepak bilik kawan , huha huha gelak . Dah kerja , susah nak jumpa . So bila sekali lepak , macam macam kitorang sembang . 


Esoknya , practically harini , hari Ahad , ada gotong-royong setipa blok asrama . Aku dah bincang dengan roommate dan kawan kawan yang lain , tak nak pergi . That's why tidur lambat . Lepastu , pukul 8 tadi diorang kejut . Ketuk pintu macam nak pecah habaq hangggg . Aku punya lah tengah nyenyak tidur , terus terjaga . Spoil sungguh lahhh . Senior jerit dekat bawah , bagi masa 10 minit je bersiap lepas tu turun . Aku pun apa lagi , bangun bangun , capai berus gigi terus masuk blik air . Memang tak ada masa nak mandi dah haa . Masuk bilik air je tengok orang ramai . Semua nya tak mandi , ahhahahahahah . Buat macam aku jugak . Terasa macam waktu orientasi dulu . Haa macam tu lah rupanya . Dengan kelam kabut , macam macam lah !


Dengan muka tak mandi , terus turun . Awesome ehh . Tengok muka orang lain pun sama je haa , tak mandi jugak . Haha . Lepastu , berkumpul depan lobi , dengar taklimat sikit . Beratur ikut aras . Aku aras 5 , atas sekali . Memang tiap tiap hari jogging lah kan . Ambil penyapu , penyodok dengan plastik sampah , settlekan semua secepat yang boleh . Disebabkan ramai , so kerja nya siap cepat lah . Dengan tak mandinya , adessss -_- Kalau tak mandi , tak buat pape , tak pe , Ni , tak mandi , lepas tu gotong royong . You can imagine how I felt that time bebeh ~ Hehe


Habis je gotong royong , roommate aku terus keluar . Pergi rumah Makcik dia dekat Batu Caves while I'm staying alone in my room . Forever Alone . Haha . Lagipun aku malas lah nak keluar . Tak ada mood , macam tak ada benda best je . Serius . Dah rehat kejap , hilangkan peluh , baru lah aku mandi . Lepas mandi tu aku sambug tidur balik , dah lah hujan . Ahhahahaha memang best :D Sarapan pagi dan makan tengah hari aku , aku makan pukul 5.30 petang . Tak rasa lapar langsung . Hehee ~


That's all for now . Take care fellas ~

Saturday, October 29, 2011

Ayah dan Mama . Mama dan Ayah .

Assalamualaikum , 


Err , harini nak buat entry pasal Parents lah . Sebab rindu diorang :') Tak , bukan baru kalini rindu , cuma tiba tiba tergerak hati nak buat entry pasal dua orang insan paling istimewa dalam hidup aku , insan yang bergelar Ibu dan Ayah :)


Unlike others , I called them Mama and Ayah . Ada yang tanya , kenapa tak panggil Ayah tu Papa sebab dah panggil Mama . Kan Mama dengan Papa tu suits so well ? Haha , no komen okay pasal benda tu ? Macam mana pun kita panggil , Ibu Mama Mak Ummi Walid Papa Ayah Abah Baba , semuanya kita gelarkan untuk insan yang sama . So , not a big deal lah kan ? :)


Terima kasih banyak banyak pada Parents sebab didikan diorang berjaya bawa aku ke tahap aku hari ini . Terima kasih atas dorongan yang tak terhingga , penat lelah cari duit untuk Abang , Kakak dengan Adik , berjaga untuk kami , dan terima kasih untuk segalanya :') FYI lah kan , aku lebih selesa menulis . Ya , susah nak cakap macam ni dengan diorang . Bukan tak boleh , bukan nya malu , cuma , I just can't hold on my tears whenever I'm saying this . Aku ni sensitif , ya , sangat sensitif . Even aku ada adik , Ayah tetap cakap aku yang paling manja dalam family because I'm such a crybaby . Hehe :D 


Not to mention lah , but aku lagi manja dengan Ayah dari Mama . I did talked to Ma so well , as well as Ayah . Cuma kalau ada masalah sikit , aku cari Ayah dulu baru Mama . IDK why . Mungkin Ayah tak nagging while Mama did kot . Hehe . Aku okay dan ngam dengan both of them . Diorang bukan cuma sekadar Parents , as well as my BestFriends . I do , and always adore them . No words can describe how much I love them . 


Mama dengan Ayah selalu cakap , dalam adik beradik aku , aku paling susah nak dijaga . Nak tahu kenapa ? Hehe , sebab aku kuat menangis . Ahaa . Waktu kecik dulu , Parents aku dua dua kerja . So , aku kena hantar dekat someone lah for baby sitting . But tak ada orang sanggup jaga aku , sebab aku menangis tak henti . HAHA . Menyusahkan betul :D Then , Mama dengan Ayah kena berhenti kerja jap , semata mata nak jaga aku . Hehe . Waktu tu hantar balik kampung lah , Nenek jaga kan sekali . Terima kasih ya Nenek :)


Waktu aku umur wape tahun entah , 3 tahun tak silap , Ayah overseas dekat London for about 2 years . Bayangkan , tiap tiap bulan aku demam . Kesian dekat Mama , kena jaga aku . Bawa pergi klinik , duit banyak habis dekat situ je . Then , Mama bawa pergi dekat sorang Atuk ni pulak , panggil Atuk je sebab tak tahu nama . Hehe . Ubat cara Islam lah , nak kuatkan semangat aku . Like seriously , kalau Ayah call je , memang aku yang akan pegang ganggan telefon tu . Tak bagi siapa pun cakap dengan Ayah termasuklah Mama dengan Abang :) Ayah nak pergi kerja pun aku tak bagi . I'll cry like hell . Ahhahahaahahah :DD Thanks Mama dan Ayah , sebab sabar sangat dengan anak mu yang sorang nih :DD


Sepanjang 18 tahun , 3 bulan , 30 hari aku hidup ni , aku boleh berbangga dan bersyukur sebab aku hidup dalam Family yang lengkap , bahagia dan berjaya bawa aku ke tahap ni . Aku tak pasti , sama ada sepanjang aku hidup ni , sepanjang aku membesar ni , aku ada banggakan kedua Ibu Bapa aku atau tidak . Kalau ada , aku nak teruskan dan kalau tidak , aku akan cuba sedaya upaya :) Terima kasih yang tak terhingga atas bimbingan , didikan , tunjuk ajar , kasih sayang , cinta , kasih dan sebagainya . Terima kasih Ya Allah , kerana Engkau berikan aku keluarga yang sempurna :')


Last but not least , hargai mereka yang masih hidup ya ? Take care peeps :)

Thursday, October 27, 2011

Hai . Entry ni untuk Awak :)

Assalamualaikum .


Hai handsome :) Tiba tiba rasa nak tulis pasal awak . Haha :D Biarlah awak sorang je yang tahu entry ni untuk awak . Saya nak bercerita ni , sudi tak nak baca ? :D Baca tau , baca tau . HEE


Firstly , I want to say thanks sebab awak datang dalam hidup saya . Ya , walaupun sebagai kawan , sikap awak menyenangkan saya . Saya suka :) Thanks sebab awak buat saya senyum , buat saya gembira *eleh macam orang lain takde je , haha . Cara awak bergurau tu kan , kadang kadang buat saya salah faham . Saya tak tahu lah awak bergurau tentang semua perkara atau setengah atau separuh atau suku atau apa :D Some of it buat saya perasan , but I always told to myself yang awak cuma bergurau :) Dengan gurauan tu pun saya dah bahagia dah , you make me smile again . Thank you :)


Awak awak , err , nak bagitahu ni , saya sayang awak . Sayang je okay , tak lebih . Ahahhahahaahha . Awak jangan runsing runsing ehh ? Awak selalu moody , tak suka :D Lagi satu , keep smiling tau ? Saya suka bila awak senyum , sebab comel . Ya , awak comel *ambil hati ;D


BTW , saya harap awak bahagia selalu dengan orang yang awak sayang :) Bila baca blog awak , sadis je cerita . Haha . May Allah bless you always , handsome :)


That's all for now . Take care 

Wednesday, October 26, 2011

I'm A Nurse and Proud To Be One of Them :)

Assalamualaikum , 


Hoi hoi hoi :D Hee . Untuk kesekian kalinya , blog ni berhabuk balik . Serius aku cakap , aku adalah insan yang malas nak update blog tapi nak ada blog . Haha . Lagipun blog ni dari tahun lepas so , malas lah aku nak buang . Bila boring atau ada masa , aku jengah lah sini . Thanks for those who came to visit my blog :)


Okay , for this entry , aku nak cerita pasal kerjaya aku sekarang . Ya , I'm a nurse . NURSE :) Aku baru belajar lagi , baru semester 1 . Sekarang tengah sibuk practical . Nak tahu ? First aku masuk wad kan , aku nak keluar . Aku nak balik ! Tak nak jadi nurse dah ! Serius wehh . Allah swt je yang tahu macam mana perasaan aku waktu tu . Aku cerita dekat roommate dengan kawan kawan seprogram dengan aku , ternyata diorang pun sama jugak macam aku . 


Untuk beberapa hari dalam minggu pertama aku masuk kerja , aku rasa macam bodoh . Rasa down gila dengan diri aku sendiri sebab tak tahu nak buat apa . Kawan aku cakap chill lah sebab kita budak baru . Budak baru pun , aku tak boleh kerja sambil lewa . Aku rasa berdosa gila sebab buat kerja pun tak ikhlas , terpaksa . Dalam kepala aku fikir nak balik je . Nak balik Nak balik Nak balik . Bila terbayang muka Parents , aku duduk sendiri . Aku masuk sini , Parents aku hantar untuk belajar . Diorang support aku , duit habis banyak untuk aku , tak merungut sikit pun . Suruh belajar je , untuk masa depan aku jugak . Malam lepas habis kerja , balik asrama , aku menangis . Ya , aku menangis . Down macam hape je . Allah swt je yang tahu .


Hari hari selepas tu , alhamdulillah , aku makin okay . Makin improve . Masuk wad kan , macam macam ragam aku jumpa . Sedih tengok pesakit pesakit dekat dalam tu . Tapi hati aku kena tabah . Kalau kerja aku nak sedih je , kerja satu ape pun tak akan jalan . Disebabkan wad aku tu wad tak sibuk , patient pun tak ramai , so aku dah kenal dengan semua . Kebanyakan nya orang tua lah . Sayu je hati tengok , serius . Sebak sangat sangat . Kerja aku tolong pesakit , tapi diorang tak mahu dibantu . Nak tahu diorang cakap apa ? "Saya tak mahu susahkan nurse ." Aku rasa nak nangis dekat situ jugak . 


Aku selalu bayangkan patient tu macam Parents aku sendiri . Tentulah aku jaga elok elok , melibatkan nyawa orang kan . Aku tak nak kalau ditakdirkan satu hari nanti bila Parents aku kena masuk hospital , dapat layanan buruk . Sama je lah dengan keadaan pesakit dalam wad tu . Hati kena ikhlas , jiwa kena kuat . Tabah . Kawan aku asyik tanya bila nak habis practical . Dia dah tak tahan asyik menangis je terkenangkan pesakit dalam wad . Kuat jugak cabaran nya . 


And last but not least , I'm in a nurse's uniform :)


Ya Allah , tabahkan dan ikhlaskanlah hati hati kami dalam melaksanakan kerja kami . AMIN .

That's all for now . Take care dear readers .

Friendship Never Ends ♥

Assalamualaikum ,


Hey kawan , anda semua sihat ? Ya , aku tujukan post ni kepada korang semua yang bergelar kawan , kawan kepada aku . Aku nak minta maaf awal-awal kalau entri aku ni buat korang sebak or apa apa je lah . HEHE . Keep calm and read this , okay ? 


Maaf , kalau aku jarang contact korang , maaf juga kalau aku sombong dengan korang . Dah habis sekolah ni , jarang jumpa kan ? Bila aku komen dengan korang dekat Facebook , mesti lead to something yang sedih , sebab masing-masing nak sambung belajar . Jujur , aku menangis tahu tak ? Aku rindu sangat waktu sekolah . Some of you guys dah berkawan dengan aku dari tadika lagi , some of you guys pulak dari sekolah rendah dan menengah . Thanks for all of those memories . Aku sayang korang gila-gila :D 



Aku harap , lepas ni , korang jangan lupa diri ya ? Jangan lupa aku :D Jaga diri baik baik . Aku risaukan korang , even pada zahir aku tak tunjuk . Korang pun kenal aku kan ? Aku memang macam tu . Aku kisah , tapi aku tak tunjuk . Muka je sombong , tapi tidak . Aku sayang semua kawan kawan aku . Tapi , bila dah habis sekolah ni kan , macam macam cerita aku dengar . Kebanyakkan nya benda yang tak baik . Kenapa ehh ? Kenapa cepat sangat nak berubah ? Bukan semua lah , only few of you . Yang stay dari dulu sampai sekarang , thanks . Yang tak tu , aku pun tak harap ada kawan yang suka penting diri .



Aku doakan , semua ada hidup yang lebih baik lepas ni . Satu je aku nak pesan , jangan gaduh sesama sendiri boleh ? Jujur aku kata , perangai sebenar korang terserlah lepas habis sekolah ni . Ada yang okay , ada yang mengejutkan aku sampai aku hilang hormat dekat kawan aku sendiri . You guys know me right ? 


Aku tahu , kawan nak senang sama sama memang senang nak dapat . Kawan nak susah sama sama tu , berapa kerat je . Aku bangga berkawan dengan korang , sebab korang tak pernah tinggalkan aku . Terima kasih sangat sangat :')



Wehh Murni Athirah Binti Burhanuddin , kau nak tahu tak ? Aku rindu gila waktu kita kecik dulu . Serius wehh . Waktu tadika je kita dah berkawan , naik sekolah rendah kita dah jadi kawan baik . Tapi , waktu sekolah menengah kita renggang sebab kelas dah tak sama . Kau lain , aku lain . Jujur aku cakap , setiap kali aku terserempak ke , ape ke , aku nak sangat tegur kau tapi aku malu . So aku buat bodoh je . Kejam kan aku ? Tapi dah habis sekolah ni , kita mula rapat balik , sembang macam selalu . Macam hape je . Hahahahahha . But aku nak kau tahu something , aku selalu sayang kau . Jaga diri okay ? Kau mungkin jarang sembang dengan aku but , if you need someone , bila bila je , tak kisah lah , aku ada . Ingat tu , aku selalu ada :')


Sorry ya yang lain , untuk korang dah ada dalam post sebelum ni kan ? Kali ni aku nak tuju dekat buah hati aku yang sorang ni haa :DD Apa apa pun , untuk yang lain , aku selalu ada untuk korang . Panggil je , datang lah aku . Haha


That's all , take care .







"Walau jauh dimata , tetap dekat dalam hati "