First , nak minta maaf pada sesiapa yang terasa bila baca entri ni okay ? Maaf dari hujung rambut sampai tang kaki :D Okay , what is this all about ? Aku nak cakap pasal TULISAN , gaya penulisan or whatever yang berkaitan tulisan . Aku suka membaca , cuma bila ada mood lah . Dan bila nak baca , of course lah nak yang sedap mata memandang . Lama dah aku sabar sebenarnya . But bila benda macam ni makin lama makin banyak , aku jadi meluat . TOLONG lah wehh , hangpa kalau nak taip mesej ka , nak eja ka , hangpa eja bagi betoi sikit boleh dak ? "Wehh , iTew buHshan LaH . JuM lePak aT luaR narK aRk ?" Please lah , serius aku cakap , kalau kawan aku hantar mesej taip macam tu , some of them aku tak balas . Menyakitkan hati :) Aku balas bila hal penting je . Yang lain tu , faham faham aje lah ye .
"Tak payah nak sibuk cerita pasal memartabatkan Bahasa Melayu kalau korang sendiri eja macam orang tak pergi sekolah" :)
Pada yang tulis blog , tolong , tulis betul betul . Baru best nak baca . Dekat Facebook dengan Myspace*dah lama tk buka , banyak lah ejaan tak semegah macam ni . Perasan comel je ye ? Meluat ada lah :) Bila ada orang speaking sikit , korang dah melenting . Suruh martabatkan Bahasa Melayu bagai , korang tu pulak ? Sekurang-kurangnya , pihak yang speaking bagai tu tak adalah merosakkan Bahasa Melayu , speaking je pun . Kita dah di zaman milenium . Speaking macam mana pun , Bahasa Melayu masih diguna pakai . Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar kedua , senang nak berkomunikasi dengan orang lain :) Bak kata Usop Wilcha , "Itu laa pentingnya English education" .
"Bangsa lain pun kadang kadang jadi tak faham Bahasa Melayu disebabkan 'penyakit' bawaan sesetengah orang Melayu yang suka merosakkan bahasa sendiri"
Macam mana nak ajar orang lain cakap Bahasa Melayu kalau korang sendiri dah 'mencabul' penulisan tu sendiri . Aku rasa , kalau dari segi tatabahasa ayat tu dah tahu sendiri kan kan kan ? Kadang-kadang , bila aku baca post dekat Facebook lain , ada dalam kalangan bangsa Melayu bergaduh dengan bangsa lain . Punca utama , BAHASA . Yeah , bahasa . Tahukah anda bahawa bahasa adalah penting sebagai pengantar utama dalam kehidupan seharian ? Si polan ni shortform punya advance , eja ntah pape , manalah si polan yang lain ni nak faham ?
"Daripada nak baca , terus tak jadi . Sakit mata" (O.o)
Chill guys . Will continue later :)
*LOL , U MAD ? :D
No comments:
Post a Comment