Friday, May 6, 2011

Peluang kedua masih ada ,

Assalamualaikum ,
Gentle , semalam tak tidur langsung . Baru pagi tadi aku tidur . Insomnia le kalau lama-lama macam ni . Nak cek IPTA punya pasal . Ingatkan 12 tengah malam , rupanya 12 tengah hari . Cuak je . Aku nervous tak ingat kot , sejuk kaki . Heh , bila dah tidur , mampu tidur kejap je , lepas tu bangun . Tak sabar punya pasal . Dah lepas 12 , buka laman web UPU . Punya takut aku nak tengok , sampai cover muka dengan tangan . So , ini lah hasil dia ,

IPTA , Y U NO APPROVE ?

Yea , aku tak dapat . Sedih kot*sitting at the corner of the room and crying . Aku mohon asasi undang undang , serius aku minat . Nak sangat wehh . then tak dapat , terkilan gila . Alhamdulillah boleh buat rayuan , so aku pun tak ketinggalan lah isi borang rayuan tu . So , aku akan sambung ke Tingkatan 6 dulu , insyaAllah .

Oh yea , for those who got it , congratulation okay ? Belajar rajin rajin tahu ? Dah tak sama macam zaman sekolah . Disiplin kena ada . Tak ada lagi main-main . Be a grown up , sesuai dengan umur tu haa . HEE . dah , melalut aku . 

That's all , take care peeps .

Sunday, May 1, 2011

Keindahan Pop ? TROLOLOL :D

Assalamualaikum ,
Lama dah jumpa benda ni . Baru nak post kan . Mesti ada yang dah tahu kan ? 24:7 Kpop and K stands for 'keindahan' . So , Kpop means Keindahan Pop . TROLOLOL ;DD Jangan nak buat lawak lah . Semua ni bawak bala je haih .


Source : Page diorang sendiri .
*Bajet comel lah tu bang ?

Mana lah pergi identiti orang Melayu ni . Semua nak meniru . Okay , fine , aku tahu aku sepatutnya kena support apa yang orang Melayu buat , but THIS ? Hell noooo bebeh ! Ini namanya menjatuhkan maruah orang Melayu . Cukup lah dengan masalah yang ada , nak tambah lagi masalah ni . Bala , bala . Yang bawah ni pulak , Kpop versi gegirl . LOL :D


Source : Page diorang sendiri .

Ni pulak Gula Gula . Muka Melayu ada kan ? Haih , bala bala . Apa nak jadi entah . Sorry to say , dah rupa stripers . Tak ada identiti langsung . Oh , bukan kutuk ye , perli je :D Nasihat aku lah , kalau muka makan nasi , makan sambal tempoyak , makan sambal belacan , dan durian , tak payah lah nak perasan jadi macam ni . Tak payah sibuk nak tiru orang . Cuba jadi macam band indie , kerja keras keluar lagu sendiri . Tak ada tiru orang pun . Still awesome what ? Bukan macam korang . Kena kutuk ada . I know , HATERS GONNA HATE . But THIS , HATERS STILL GONNA HATE .

Nak tengok ke page diorang ? Pergi cari sendiri lah ye . Jangan muntah darah sudah :) Sekian , terima kasih .

*24:7 ? They should change it to BOG . BOG stands for Bunch of Gays . LOL , U MAD ? ;D

Sakit mata cek :D

Assalamualaikum ,
First , nak minta maaf pada sesiapa yang terasa bila baca entri ni okay ? Maaf dari hujung rambut sampai tang kaki :D Okay , what is this all about ? Aku nak cakap pasal TULISAN , gaya penulisan or whatever yang berkaitan tulisan . Aku suka membaca , cuma bila ada mood lah . Dan bila nak baca , of course lah nak yang sedap mata memandang . Lama dah aku sabar sebenarnya . But bila benda macam ni makin lama makin banyak , aku jadi meluat . TOLONG lah wehh , hangpa kalau nak taip mesej ka , nak eja ka , hangpa eja bagi betoi sikit boleh dak ? "Wehh , iTew buHshan LaH . JuM lePak aT luaR narK aRk ?" Please lah , serius aku cakap , kalau kawan aku hantar mesej taip macam tu , some of them aku tak balas . Menyakitkan hati :) Aku balas bila hal penting je . Yang lain tu , faham faham aje lah ye .

"Tak payah nak sibuk cerita pasal memartabatkan Bahasa Melayu kalau korang sendiri eja macam orang tak pergi sekolah" :)

Pada yang tulis blog , tolong , tulis betul betul . Baru best nak baca . Dekat Facebook dengan Myspace*dah lama tk buka , banyak lah ejaan tak semegah macam ni . Perasan comel je ye ? Meluat ada lah :) Bila ada orang speaking sikit , korang dah melenting . Suruh martabatkan Bahasa Melayu bagai , korang tu pulak ? Sekurang-kurangnya , pihak yang speaking bagai tu tak adalah merosakkan Bahasa Melayu , speaking je pun . Kita dah di zaman milenium . Speaking macam mana pun , Bahasa Melayu masih diguna pakai . Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar kedua , senang nak berkomunikasi dengan orang lain :) Bak kata Usop Wilcha , "Itu laa pentingnya English education" .

"Bangsa lain pun kadang kadang jadi tak faham Bahasa Melayu disebabkan 'penyakit' bawaan sesetengah orang Melayu yang suka merosakkan bahasa sendiri"

Macam mana nak ajar orang lain cakap Bahasa Melayu kalau korang sendiri dah 'mencabul' penulisan tu sendiri . Aku rasa , kalau dari segi tatabahasa ayat tu dah tahu sendiri kan kan kan ? Kadang-kadang , bila aku baca post dekat Facebook lain , ada dalam kalangan bangsa Melayu bergaduh dengan bangsa lain . Punca utama , BAHASA . Yeah , bahasa . Tahukah anda bahawa bahasa adalah penting sebagai pengantar utama dalam kehidupan seharian ? Si polan ni shortform punya advance , eja ntah pape , manalah si polan yang lain ni nak faham ?

"Daripada nak baca , terus tak jadi . Sakit mata" (O.o)

Chill guys . Will continue later :)

*LOL , U MAD ? :D